‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’

‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’ - Hello Friends New News, In the article you read this time with the title ‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’, We have prepared this article well for you to read and take the information in it. Hopefully the contents of the post Artikel ‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’, Artikel Actor, Artikel Actress, Artikel Artist, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Gossip, Artikel Movie, Artikel News, Which we write you can understand. Okay, happy reading.

Judul : ‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’
link : ‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’

Baca juga


‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’

DAP Sabah dan Sarawak hari ini tampil bersama mencadangkan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai ketua hakim mahkamah persekutuan sebagai alternatif melanjutkan tempoh Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif.
“Kami menggesa perdana menteri untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Richard Malanjum menjadi ketua hakim mahkamah persekutuan pada 3 Ogos,” kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mereka berkata, bahawa Malanjum adalah hakim mahkamah persekutuan paling kanan berbanding dengan Md Raus.
“Malanjum dinaikkan sebagai hakim besar bagi Sabah dan Sarawak pada 2006, manakala Md Raus hanya dilantik ke mahkamah persekutuan pada 2009,” kata mereka.
Selain itu, kata mereka, masih belum ada Ketua Hakim Negara dari Sabah dan Sarawak sejak negara ini ditubuhkan pada tahun 1963. Malanjum berasal dari Sabah.
“Ketika di ambang menyambut ulang tahun ke-54 Hari Malaysia… akan menjadi sesuatu yang bermakna kepada semua tentang ‘rakan kongsi setaraf’ Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu yang lama dilupakan… jika hakim dari Sabah ini dilantik sebagai ketua hakim Mahkamah Persekutuan.
“Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi setaraf dengan Persekutuan Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia, dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan juga perlembagaan persekutuan, sepatutnya setaraf dengan Mahkamah Tinggi di Semenajung Malaysia,” kata mereka.
Ramai yang mempersoalkan sama ada lanjutan tempoh perkhidmatan Md Raus sebagai Ketua Hakim Negara susulan pengumuman oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 7 Julai adalah menepati perlembagaan. Selain Md Raus, tempoh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga dilanjutkan.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik langkah itu, dengan berkata, bahawa lanjutan tempoh khidmat Raus selepas beliau berusia 66 tahun dan enam bulan akan menjadi tidak berperlembagaan.
Badan Peguam Malaysia melabelkan pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman sebagai “terang-terangan menyalahi perlembagaan”.
– M’kini

from Malaysians Must Know the TRUTH http://ift.tt/2vUYWSe
By New News


Such is the article ‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’

That's an article ‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’ This time, hopefully can benefit for you all. Well, see you in other article postings.

You are now reading the article ‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’ With link address https://njuas.blogspot.com/2017/07/lantik-malanjum-jadi-ketua-hakim-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘LANTIK MALANJUM JADI KETUA HAKIM NEGARA’"

Post a Comment