TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’

TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’ - Hello Friends New News, In the article you read this time with the title TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’, We have prepared this article well for you to read and take the information in it. Hopefully the contents of the post Artikel Actor, Artikel Actress, Artikel Artist, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Gossip, Artikel Movie, Artikel News, Artikel TETAPI UMNO’, Artikel TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, Which we write you can understand. Okay, happy reading.

Judul : TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’
link : TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’

Baca juga


TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan individu yang merosakkan fikiran orang Melayu walaupun didakwa bukan daripada keturunan bangsa itu.
Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa, sebaliknya dasar Umno yang membela Melayu tertentu dan menzalimi bangsa berkenaan kerana beraliran politik dengannya adalah punca kepada kerosakan tersebut.
“Walaupun Mahathir telah meninggalkan Umno, Melayu tetap rosak jika meneruskan agenda-agenda yang salah dan bercanggah dengan Islam. Pas tidak menentang individu tetapi sebuah parti yang mahukan perubahan dasar dan polisi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Beliau berkata, kemuliaan orang Melayu adalah dengan agama Islam dan bukannya dengan zat bangsanya.
“Inilah beza perjuangan berasaskan Islam dan perjuangan berasaskan perkauman sempit. Umno yang memperjuangkan kebangsaan Melayu hanya pada kulitnya sahaja, bukan pada roh serta jati dirinya.
“Di mana kedudukan tulisan jawi menjadi jati diri kepada bahasa Melayu dimansuhkan oleh bangsanya sendiri. Di manakah kedudukan tanah rizab Melayu setelah ia digadaikan oleh bangsa sendiri. Di manakan kedudukan politik Melayu Islam setelah pemimpin-pemimpinnya hanya mementingkan kroni dan orang sekelilingnya?” soalnya.
Menurutnya, pemimpin Umno sendiri mengakui wujud penyakit rasuah kronik dalam Umno namun dan dalam masa sama menyebarkan kepada bangsa Melayu demi kepentingan sokongan.
“Kita tidak perlu menuding jari terhadap orang lain dengan alasan aku lebih Melayu daripadanya. Selagi kita tidak meletakkan Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam negara pada hari ini,” katanya.
Beliau turut menyatakan, Pas bukan sebuah parti perkauman sebaliknya meletakkan kaum di tempat yang adil.
“Dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu Islam mestilah memegang tampuk pemerintahan kerana itulah keadilannya. Negara Jepun yang paling maju meletakkan bangsa Jepun sebagai ketua negara bukannya bangsa Inggeris. Negara Jerman paling terkedepan di benua Eropah meletakkan bangsa Jerman sebagai ketua negara bukannya bangsa Perancis,” katanya.
– http://ift.tt/1bq4zcn

from Malaysians Must Know the TRUTH http://ift.tt/2ulPqqf
By New News


Such is the article TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’

That's an article TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’ This time, hopefully can benefit for you all. Well, see you in other article postings.

You are now reading the article TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’ With link address https://njuas.blogspot.com/2017/08/tun-mahathir-bukan-perosak-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’"

Post a Comment